Thursday, July 22, 2010

Kenapa dia selalu marah saya?

Soalan : Saya masih bersekolah di tingkatan lima di sebuah sekolah menengah harian di pinggir ibu kota kuala lumpur. Saya mempunyai teman lelaki dan dia adalah cinta pertama saya. Masalahnya saya cuba memenuhi segala kehendak dia namun apa yang saya dapat saya sering dimarahi apabila keinginannya tak tercapai. Bukan sekali dua tapi dah banyak kali, walaupun dia buat macam tu pada saya tapi saya masih sayangkan dia. Minta pendapat macamana nak buat dia tidak memarahi saya. - Umi

Jawapan : Oh, bercinta di waktu sekolah memang manis dan ada juga pahitnya. Pertama sekali umi kena ingat yang umi akan menghadapi peperiksaan spm tak lama lagi. Jadi cuba tukar fokus tu kepada pelajaran dulu dan jadikan hubungan adik tu sebagai no 2. Percayalah adik selepas belajar nanti ramai lagi jejaka-jejaka yang baik budi pekertinya adik akan jumpa apabila memasuki alam universiti dan kolej.